Thursday 3 July 2014

Jom Belajar Bahasa Isyarat

Assalamualaikum...

selamat pagi korang...

harini aku nak ajak korang belajar Bahasa Isyarat...kenapa aku excited nak belajar?? sebab kelmarin masa dalam bus on the way balik keje..dalam bus tu ada orang berkomunikasi dengan guna bahasa isyarat.. so aku macam rasa best je kalau aku pon pandai dan faham bahasa isyarat yang diaorang guna..pastu aku pon dok teringat masa aku penah buat demo bahasa isyarat ni masa aku interview kos pendidikan khas kat UPSI masa lepas STPM dulu...masa tu penemuduga aku siap tanya betul ke bahasa isyarat yang aku buat tu...aku dengan konfident nye aku cakap betul..padahal aku xsure pon bahasa isyarat tu betul ke tak..tp rezeki aku takda untuk dapat kos kat UPSI tu..

So malam tadi aku beria2 bukak youtube utk search pasal cara belajar bahasa isyarat..jom layan video pembelajaran asas bahasa isyarat..


BAHASA ISYARAT BAHASA MALAYSIA (1)



BAHASA ISYARAT BAHASA MELAYU (2)


BAHASA ISYARAT BAHASA MELAYU (3)



BAHASA ISYARAT BAHASA MELAYU (4)




selamat belajar..have fun korang...

# nota kaki : sumber video oleh YOUTUBE

Wednesday 2 July 2014

Teman Pelaut

Assalamualaikum...

korang....arini aku nak cerita pasal Teman Pelaut..mesti korang konpius kan..senang cite..en tunang aku keje belayar..under MISC..so kiranya aku ni bakal Teman pelaut atau lebih mudahnya bakal isteri Pelaut.. aku tau aku kene banyak sabar bila jd isteri pelaut..6 bulan dia akan berada di lautan demi mencari rezeki..

Actually aku okay je..dalam tempoh bertunang ni pon kami berjauhan..tp bila dia msg tadi bagitaw dia akan turun darat weekend ni aku jd ada 2 perasaan.. happy n sedih dalam masa yang sama..happy sbb dia dh balik n senang nak berhubung utk buat preparation majlis kami..tp sedih sbb mungkin cuti kawen kami kejap je nanti..baru kawen dia dah kene naik kapal balik...hmm..kami bajet dia akan turun kapal lepas raya nanti..so sempat la cuti kawen lama sikit...tp nak buat camne kan..mungkin ade hikmahnye dia balik awal ni..
positif..positif..

so aku memang dh kene mula kuatkan mental dan fizikal..kne plan baik2 kehidupan lepas kawen nanti..

korang pon tolong doakan aku okay..


Shaklee Product :: Water Pitcher::

Assalamualaikum...

KEISTIMEWAAN Get Clean Water Pitcher Shaklee
SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.
PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.
HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.
MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.





sms/whatsapp 0142530367